07.19 Edit This 0 Comments »
ATLETIK
NOMOR LOMPAT
A. LOMPAT JAUH
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seorang atlet mencoba mendarat sejauh yang diperbolehkan dari tempat yg dituju. Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulai lompatannya dengan bagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan jarak tidak diukur. Format sebenarnya pertandingan ini berbeda, tetapi secara umum peserta akan mendapat beberapa kali cobaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara. Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang disebut halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan.

B. LOMPAT TINGGI
Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop.
Fasa lompatan tinggi :
a) Penujuan : larian menghala ke palang.
b) Lonjakan : tindakan kaki untuk menaikkan badan.
c) Layangan : gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
d) Pendaratan : sentuhan badan dan bagiannya dengan tempat mendarat.



Gaya Lompat tinggi :
a) Gaya gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.
b) Gaya Timur
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90°. Semasa melonjak, kaki bebas diayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
c) Gaya guling barat
Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘ berguling ’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.
d) Gaya pelana
Gaya ini hampir sama dengan gaya fuling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.
e) Gaya Fosbury Flop
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya
Fosbury Flop.Mengiku gaya ini pelompat menuju ke palang dengan
membelakangkan palang. Salah satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bagian tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.
1) Penujuan
Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bagian belakangnya dahulu.
2) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik saja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hampir selari dengan palang. Kedua belah tangan dibengkokkan dan diayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang.



3) Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (menadang palang) sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di bagian sisi badan dan kedua belah kaki dibengkokkan dibagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan.
4) Pendaratan
Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bagian belakang badannya (tulang belikat).

Peraturan asas acara lompat tinggi :
1) Peserta mesti melonjak dengan sebelah kaki
2) Peserta boleh mulai melompat di mana ketinggian permulaan yang disukainya
3) Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat
4) Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan
5) Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikut peraturan
6) Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bagian tengah disebelah atas padang.

C. LOMPAT GALAH
Lompat galah adalah sebuah olahraga atletik di mana seseorang menggunakan panjang fleksibel tiang (yang biasanya terbuat dari fiberglass atau karbon fiber sebagai bantuan untuk melompati sebuah kompetisi melompat bar.



0 komentar: